Pemasaran Digital

Remove FBCLID url dari Google Analytics

29

Pernah tak tertanya-tanya kenapa ada fbclid url di dalam Google Analytics? Apa fbclid ni dan macam mana cara nak removekan url ni supaya list page ni supaya lebih kemas.

Apa Fbclid ni?

Secara ringkas fbclid merupakan parameter yang di letakkan oleh Facebook apabila website yang di kongsi di Facebook di klik. Ia bertujuan untuk menjejak destinasi web yang di lawati sebaik sahaja keluar dari platform media sosial tersebut.

Macam mana cara nak removekan url fbclid ni?

Untuk removekan semua url ni dari Google Analytics ikut cara di bawah:

  1. Log masuk ke akaun Google Analytics.
  2. Pergi ke ruangan Admin
  3. Lihat bahagian View Settings
  4. Masukkan parameter fbclid ni di Exclude URL Query Parameters.
  5. Tekan butang save.

Leave A Reply

Your email address will not be published.